Forever Young

fairytale : Snow White Vs Miss Cinderella
Sunday 11 March 2012 ? 5 Atashinchi ?

"La ..la...lo...la...true love... " sedapnya snow white nyanyi sampai hampir semua haiwan ikut dia semasa dia sedang berjalan-jalan...

     "Siapakah yang sedang menyanyi itu..membuat beta cair..you! find her. I want to marry her, know ! " Hamboi.. bkan main lagi putera tu mengarah pengikut dia. Ingat apa senang ke nak cari dalam hutan tu hah ? Banyak cantik muka dia .

    Tunggu punya tunggu..tak sampai-sampai juga orang suruhan dia. Dia pun putus asa dan balik ke istana. Bukan main besar istana dia. Hai maklumlah cerita dongeng. 

      Suatu hari putera ni terpikir untuk membuat satu majlis. Tujuannye bukan apa, dia nak cari calon untuk bakal isteri dia. Siapalah yang untung tu..Banyak perempuan. Ada yang memang princess ada yang dari kampung, bandar, kota lain-lain lagilah. Gaun mereka pun cantik-cantik. Semua cuba cari perhatian putera. Tapi sorang pun putera tak berkenan.

       Tiba datang seorang wanita cantik berpakaian berwarna putih. Mengelip-ngilap gitu. Kenapa kau cantik sangat bah ? Kasut kaca yang memang padan sekali dengan gaunnya. Putera pun cubalah mendekatinya. 

        " Saya putera Wiliim " 

         " Cinderella :) "
       Semua jeles gila tengok deme berdua.
         
        " Sudikah awak kahw.... " tetibe semua orang jerit ...nak tahu sebab ape.. ada lagi seorang perempuan yang cantik. Tapi kali ni lain sikit..sebab banyak haiwan2 yang comel ikut dia skali. Very cute ! Mukanya yang putih salji. Fuh.. memang cantik tullah. Buat Cinderella jeles tul. Aduhh sikit je lagi nak dapat putera tu, dah putera tu pergi dekat Snow White . Pe kes ni ?

 *^*^*^*^*^*^*^*^*

         Mula2 putera menari dengan Snow White, then Cinderella ambik alih. Pastu dah tolak-tolak. Putera pening. Waktu habis tari menari, Snow White dengan Cinderella menikmati makanan yang dihidang di atas meja yang gah tu !

            " Hey Snow White..kau ingat kau layak ke dengan putera raja ni. Ini cerita dongeng akulah. Kau asal datang sini ? Patut kamu pergi lari dalam hutan jumpa orang kerdil then termakan epal beracun apentah. Ini story aku bahh... ! " Cinderella marah .

             " Ish aku tak sangguplah. Aku tahu tu jalan cerita aku. Aku tak nak lah makan epal beracun tu. Kalau mati terus macam mana? Tak ada putera pun selamatkan aku. Baik aku datang majlis ni pergi ngorat putera ni. Kesah apa aku dengan jalan cerita kamu ?!"

*^*^*^*^*^^*^*^*^*^**^*^*

               Dua orang, gaya mereka agak berlagak dan agak cemburu dengan snow white dengan cinderella. Mereka saja tumpahkan air di atas baju dua orang watak utama kita ni.

              " Ohh sorry... tak sengaja I . Tak apakan. ? Okbye ! "

                   Mereka berdua hampir nangis. Macammana kalau putera tu nampak gaun deme basah ? Oh tidak ! Nanti putera ingat deme ni gelojoh makan sampai pakaian pun abis kotor. Dua2 pergi cari tempat tersembunyi. Usah risau. Istana besar ! Banyak tempat tersembunyi.

*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*

             " Pari-pari .. tolong saya..baju saya kotor. Apa saya nak buat ? Awak boleh tolong saya ? " Cinderella memanggil pari-pari nya. Lalu pari-pari pun tolonglah dia. Tak sampai hati. Muka Cinderella yang lawa tu dah nak nanges.

*^*^*^*^^^^*^*^*^*^*^**^*

                    " Ohhh...ahh..ahh..lalala..truee frenss.." Snow WHite menyanyi untuk memanggil kawan-kawan haiwan dia untuk membantu membersihkan bajunya. Akhirnya dua-dua dah pun bersikan pakaian dengan cara tersendiri.

                       Tiba masanya untuk putera Willim buat pilihan bakal pemaisurinya. Bunyi drum sedang di bunyikan. Pilihannya ialah ..............!!!

CINDERELLA DAN SNOW WHITE !! Kita bermadu yer ?? hahaha :)

TAMAT !!! Akhirnya mereka bermadu ...merepeklah cite ni !


Thanks for reading :)




. Newer Post


// Forever Young-One Direction